Print

Analisis Polisi Luput Pelan Takaful Keluarga

Rubayah Yaakob
Mohd Hafizuddin Syah Baangan Abdullah
Norasykeen Mohd Baharom
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu polisi luput pelan takaful keluarga di Malaysia dengan melihat ciri-ciri demografi pemegang polisi dan polisi takaful keluarga itu sendiri. Polisi boleh luput akibat daripada beberapa sebab seperti gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, menukar kepada polisi lain yang lebih baik, desakan kewangan dan juga serahan secara sukarela. Polisi luput memberi impak yang besar kepada pihak-pihak berkepentingan iaitu pengendali takaful, pelanggan dan penggubal dasar. Impak polisi luput termasuk kerugian kepada firma, pilihan sakal, kecairan dan peningkatan sumbangan. Hasil daripada analisis regresi logistik menunjukkan bahawa amaun perlindungan, cara bayaran dan jantina memberi kesan negatif kepada polisi luput. Manakala umur, status perkahwinan dan orang yang dilindungi tidak memberi kesan kepada polisi luput. Hasil  kajian diharapkan dapat membantu pihak yang berkepentingan seperti pengendali takaful dan penggubal dasar untuk merangka strategi yang sesuai bagi mencapai matlamat masing-masing dan membantu dalam perkembangan dalam industri takaful di Malaysia.

Kata Kunci: Luput, takaful keluarga, insurans, logit, regresi.

Teks Penuh (PDF): JMIFR June 2018 - Vol.15, No.1 (84-95)

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: 606-798 6317 / 6305 / 6306  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2018 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM