Print

Tinjauan Persepsi Majlis Agama Islam Negeri Terhadap Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Pembangunan Tanah Wakaf

Ahmad Shazrin Mohamed Azmi
Noor Rosly Hanif
Siti Mashitoh Mahamood
Universiti Malaya

 

ABSTRAK

Kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan pembangunan wakaf di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memberi impak yang besar kepada peningkatan kesedaran dan usaha untuk mentransformasikan institusi wakaf di Malaysia. Namun, suatu pembaharuan drastik yang diperkenalkan sewaktu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) seiring dengan usaha transformasi kerajaan telah menyebabkan proses permohonan peruntukan pembangunan semakin sukar untuk dipenuhi. Hal ini menyebabkan banyak pihak antaranya Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) cenderung untuk tidak lagi memohon peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Menyelami keadaan ini, kajian ini telah menetapkan objektif untuk meninjau persepsi pihak MAIN mengenai perubahan peruntukan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah gabungan instrumen penyelidikan dokumentasi dan temubual. Kajian ini menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah untuk membuat analisa. Dapatan kajian telah mendedahkan bahawa pihak MAIN sememangnya menghadapi kesukaran untuk memenuhi kesemua keperluan permohonan yang telah ditetapkan di atas beberapa sebab yang berkaitan. Berikutan itu, pihak MAIN terpaksa untuk tidak lagi bergantung kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan dana pembangunan tanah wakaf dan telah membuat eksplorasi untuk mencari kaedah pembiayaan projek pembangunan yang bersesuaian.

Kata Kunci: Pembiayaan projek, pembangunan tanah wakaf, peruntukan Kerajaan Persekutuan, persepsi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

 

 

ABSTRACT

 

The willingness of the Federal Government to fund waqf development in the Ninth Malaysia Plan (9MP) has greatly influenced the awareness and efforts to transform the waqf institution in Malaysia. However, a drastic reform was introduced during the Tenth Malaysia Plan (10MP) in line with the government's transformation efforts has resulted in the application process for the development allocation becomes more difficult to be granted. This has led the State Islamic Religious Councils (MAINs) to no longer apply the budget from the Federal Government. Under this circumstance, this study has established the objective of reviewing MAINs’ perceptions on changes in development provisions implemented by the government. The method used for the study is a combination of document analysis and face-to-face interviews. This study uses content analysis as a method of analysis. The findings show that MAINs has the difficulty to meet all the requirements of the application due to several reasons. Consequently, MAINs has no longer to rely on the Federal Government to get the waqf land development fund and has to explore other suitable financing methods for its development projects.

 

Keywords: Project financing, development of waqf lands, federal government allocation, State Islamic Religious Councils (SIRCs) perceptions.

 

Teks Penuh (PDF): JMIFR June 2018 - Vol.15, No.1 (96-118)

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: 606-798 6317 / 6305 / 6306  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2018 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM