Print

Relevansi Pemikiran Ekonomi Syeikh Daud Al-Fatani dengan Kontrak Pembiayaan Perbankan Islam

Hadenan Towpek dan Joni Tamkin Borhan  (Universiti Malaya)

Abstract:

Kitab Furu‘ al-Masa’il merupakan antara karya Syeikh Daud al-Fatani yang mengandungi hampir kesemua tajuk perbincangan utama dalam bidang fiqh termasuklah dalam fiqh al-mu‘amalat yang mempunyai kaitan langsung dengan bidang ekonomi dan kewangan sebagaimana difahami pada zaman sekarang. Untuk itu, penulisan ini akan mengenalpasti relevansi pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani sebagaimana dihuraikan dalam bahagian mu‘amalat daripada kitab Furu‘ al-Masa’il, dengan amalan perbankan Islam Malaysia khusus untuk kontrak pembiayaan. Penulisan ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis relevansi. Pada asasnya, analisis relevansi ini bercirikan persamaan sepadan, iaitu dari sudut definisi konseptual dan operasional, dan dari sudut legitimasi atau/dan klasifikasi. Dapatan penulisan menunjukkan pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani adalah relevan dengan amalan kontrak pembiayaan projek dalam perbankan Islam Malaysia.

URL :

 

Download PDF :

JMIFR - Vol 10, No.1 2013 - Part 7.pdf

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 6401  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2013 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM