Print

Pertumbuhan Sukuk dan Pasaran Modal Islam di Malaysia

Nur Azura Sanusi, Norashikin Draman @ Wahab dan Fatimah Matraji (Universiti Malaysia Terengganu)

Abstract:

Sukuk menjadi perhatian di kalangan pelabur khususnya yang beragama Islam kerana pulangan pelaburan yang berasaskan aset tetap. Penawaran sukuk kini menjadi rebutan negara-negara Islam mahupun bukan Islam dan ini telah memberi kelebihan kepada Malaysia yang telah menawarkan produk dalam pasaran modal Islam sejak tahun 1990-an. Prestasi yang memberangsangkan telah menimbulkan persoalan iaitu apakah kesan perkembangan pasaran sukuk terhadap pasaran modal Islam di Malaysia? Sehubungan itu, kajian ini mengenalpasti peranan sukuk dalam menjana pertumbuhan pasaran modal Islam dengan menggunakan pendekatan Autoregressive Distributed Lag (ARDL). Berdasarkan data sukuan pertama tahun 2001 hingga sukuan kedua 2008 melaporkan wujud hubungan jangka panjang diantara pembolehubah jumlah terbitan sukuk dengan cukai korporat kepada indeks syariah dalam model regrasi.

URL :

 

Download PDF :

JMIFR - Vol 10, No.1 2013 - Part 8.pdf

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 6401  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2013 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM