Print

Bay ‘Al – Tawarruq dan Aplikasinya di Bank Muamalat Malaysia Berhad

Mohd Izuwan Mahyudin dan Azizi Che Seman (Universiti Malaya)

Abstract : 

Kajian terhadap produk- produk perbankan Islam khususnya yang melibatkan pelaksanaan transaksi ini adalah untuk kecairan kewangan kepada pelanggan seperti pembiayaan peribadi, perbelanjaan modal kerja, aliran tunai dan kad kredit. Walaubagaimanapun, semakin industri ini berkembang dengan pesat, terdapat usaha- usaha berinovasi yang dilakukan oleh pemain-pemain industri untuk mempelbagaikan produk dalam bentuk pelaburan dan deposit yang memberikan pulangan tetap kepada pelanggan. Sebagai sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya yang kedua di Malaysia, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) juga turut menawarkan produk- produk yang berasaskan kontrak Bay’ Al-Tawarruq. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji prinsip asal perlaksanaan transaksi Bay’ Al-Tawarruq serta perlaksanaan semasa transaksi ini di BMMB. Data kajian ini diperolehi daripada dua sumber iaitu sumber sekunder dan sumber primer. Antara sumber sekunder yang dirujuk ialah data dari perpustakaan, merujuk bahan-bahan rujukan  seperti buku-buku, kertas kerja, jurnal-jurnal dan petikan akhbar. Sumber primer pula diperolehi melalui temubual bersama pengawai- pengawai di BMMB. Hasil kajian mendapati bahawa kontrak Bay’ Al-Tawarruq telah digunapakai sebagai alternatif untuk menggantikan kontrak Bay’ Al-Inah khusus bagi produk-produk pembiayaan di BMMB.

URL :

JMIFR Vol 11 No.1 2014 - Part 4

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 6401  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2013 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM