Print

Analisa Ketidakselarasan Taksiaran Zakat Pertanian di Malaysia

Muhamad Firdaus Ab Rahman, Azman Ab Rahman dan Hussein’ Azeemi Abdullah Thaidi 

(Universiti Sains Islam Malaysia)

Abstract :

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu ketidakselarasan taksiran zakat pertanian di Malaysia. Pengurusan zakat pertanian di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, terdapat kepelbagaian dasar dan hukum yang ditetapkan oleh Jabatan Mufti negeri melalui Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) berpandukan kepada Enakmen atau Ordianan Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing. Misalnya, ketidakselarasan penetapan nisbah bagi timbangan metrik gantang iaitu 363 gantang, 375 gantang dan 400 gantang. Begitu juga kepelbagaian kadar yang diaplikasikan di negeri-negeri sebahagiannya hanya mengenakan kadar tunggal sama ada 5% atau 10% sahaja dan hanya sebahagian negeri yang lain menetapkan kepada kadar alternatif 7.5%. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa punca kepelbagaian taksiran nisab dan meneliti faktor penetapan kadar zakat tanaman di Malaysia serta mengkaji pelepasan kos operasi tanaman dan kos sara diri petani sebelum diwajibkan zakat pertanian. Metodologi kajian menggunakan data primer dengan menggunakan 5 buah sampel kajian iaitu negeri Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Sarawak. Data diperoleh dengan menemu bual responden yang terdiri daripada pegawai zakat dan pegawai jabatan mufti di lima buah negeri. Penganalisaan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Implikasi kajian ini mendapati setiap fatwa yang telah dikeluarkan perlu dinilai semula dari semasa ke semasa agar hukum zakat pertanian senantiasa bersifat semasa, dinamis dan praktikal.

URL :

JMIFR Vol 11 No.1 2014 - Part 5

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: 606-798 6317 / 6305 / 6306  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2018 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM