Print

Efikasi Kendiri Dari Perspektif Teori Sosial Kognitif dan Pendekatan Akhlak Dalam Pembangunan Keusahawanan

Wan Nor Halimaton Syadiah Wan Yusof dan Fakhrul Anwar Zainol (Universiti Sultan Zainal Abidin)

Abstract

Teori keushawanan mengikut pendekatan psikologi telah menjadi satu subjek yang menarik minat ahli akademik lebih daripada dua dekad. Bagaimanapun, ia masih dianggap sebagai satu bidang baru dalam penyelidikan ilmiah. Beberapa sarjana menganggap hal ini disebabkan kurangnya kesepakatan dalam kalangan ahli akademik berkenanaan dengan konsep psikologi dalam bidang keusahawanan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan di antara Teori Kognitif Sosial dan pendekatan Imam al-Ghazali dalam konsep keusahawanan. Hasil kertas kerja ini dapat membantu pihak pengurusan untuk memperbaiki sistem pendidikan keusahawanandalam meningkatkan tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menceburi bidang keusahwanan di Malaysia. Kajian ini dirumus dengan perbincangan mengenai implikasi teoritikal dan praktikal serta cadangan untuk penyelidikan pada masa hadapan.

Kata kunci : pendidikan keusahawanan,kecenderungan keusahawanan,sumber efikasi kendiri.  

URL :

JMIFR Vol 12 No.1 2015 - Part 4

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 6401  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2013 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM