Print

Instrumen Pembahagian Harta Pusaka Islam di Singapura

Feirul Maliq Intajalle,Luqman Abdullah (Universiti Malaya) 

Abdul Monir Yaacob (Universiti Islam Malaysia) 

ABSTARK

Hukum faraid dan wasiat merupakan dua instrumen utama syariah dalam menyelesaikan pembahagian harta pusaka Islam dengan bertujuan menjaga kemaslahatan dan kebajikan ahli waris yang ditinggalkan selepas berlakunya sesuatu kematian. Dengan kehidupan masyarakat Islam yang berubah-ubah,pelbagai isu baru yang dikenalpasti telah memberi kesan kepada bentuk pemilikan harta dan cara dalam menyelesaikan pembahagian harta pusaka orang Islam di Singapura. Hasil daripada itu, para pengkaji masa kini terutamanya di Malaysia telah mengemukakan pelbagai instrumen alternatif sebagai jalan keluar kepada isu-isu yang timbul. Para pengkaji mencadangkan pemilik harta agar membuat perancangan awal bagi menjamin kebajikan ahli warisnya. Berdasarkan kepada instrumen-instrumen yang telah dicadangkan, kajian ini bersesuaian dengan konteks masyarakat Islam di Singapura.

Kata kunci: hukum pusaka Islam,akta pentadbiran hukum Islam,instrumen alternatif syariah

URL :

JMIFR Vol 12 No.1 2015 - Part 6

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 6401  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2013 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM