Print

Kepatuhan Zakat oleh Syarikat Tersenarai Awam di Malaysia

Adibah Abdul Wahab
Joni Tamkin Borhan
Universiti Malaya 

ABSTRAK

Tujuan utama kajian adalah bagi mengukur kepatuhan zakat dalam kalangan syarikat tersenarai awam (PLC) di Malaysia. Kajian ini membuat penilaian terhadap status kewajipan berzakat terhadap PLC patuh syariah yang telah diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merangkumi papan utama dan kedua (ACE market). Maklumat diperolehi daripada laporan tahunan PLC yang disediakan di laman web masing-masing dan sebanyak 811 laporan tahunan telah dimuat turun daripada keseluruhan 817 syarikat saham patuh syariah. Pertama, kajian ini menegnal pasti pemilikan Muslim majoriti di dalam PLC. Berdasarkan kepada laporan pemilikan saham tertinggi, sebanyak 118 dikira sebagai dimilik oleh Muslim. Kedua, kajian ini mengenal pasti pembayaran zakat yang dibuat oleh PLC bagi tempoh 6 tahun (2009-2014).

Kajian ini mendapati sebanyak 17 PLC mempunyai pelaporan zakat di dalam Laporan Kewangan masing-masing. Jumlah plc yang pembuat pembayaran zakat adalah meningkat daripada 9 syarikat pada tahun 2009 kepada 16 syarikat pada tahun 2014. Kajian ini mendapati kadar kepatuhan pembayaran zakat dalam kalangan PLC adalah pada kadar 14%. Oleh itu, strategi yang komprehensif perlu dilakukan sama ada oleh pihak institusi zakat dan pihak berkenaan yang lain supaya hasrat untuk memaksimumkan potensi kutipan zakat terutama dalam kalangan entity perniagaan dapat direalisasikan.

Kata Kunci: Kepatuhan zakat, zakat perniagaan, syarikat tersenarai awam, zakat perniagaan, entiti perniagaan

ABSTRACT

The main purpose of this study is to measure zakat compliance among Public Listed Companies (PLCs) in Malaysia. The study evaluates the zakatability status of shariah compliant securities companies by Securities Commission’s Shariah Advisory Council including main board and ACE Market. The information obtained from the latest annual report available and 811 annual reports were examined out of 817 syariah compliant securities companies. Firstly, this study identifies companies with majority Muslim shareholders. Based on the largest shareholders reports, 118 companies are treated as owned by Muslim. Secondly, this study identifies zakat payment from the companies for 6 year period i.e. 2009 – 2014. The study finds 17 companies have zakat disclosure in their financial reporting for the period of study. The number of zakat paying companies keeps on increasing from 9 companies (for the year 2009) to 16 companies (for the year 2014). This study discovers the compliance rate for zakat payment among PLCs is 14%. Thus, comprehensive strategies need to be carried out especially by zakat institutions and other pertinent parties in pursuance of maximizing zakat potential especially by business entities.

Keywords: Zakat compliance, zakat on business, public listed companies, zakat potential

URL: JMIFR - Vol 12, No.2 2015 - Part 6.pdf

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: 606-798 6317 / 6305 / 6306  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2018 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM