Print

QIYAS AL SHABAH DAN APLIKASINYA DALAM KEWANGAN ISLAM

Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani

IBFIM

Ridhwan Ahmad

Universiti Malaya

 

ABSTRACT

Perkembangan pantas sistem kewangan Islam moden dengan pengenalan pelbagai produk kewangan dan perkhidmatan memerlukan cerdik pandai dalam bidang Shariah memahami proses pengeluaran hokum fiqh dan asasnya (Usul al-Fiqh). Salah satu konsep penting dalam pengajian Usul al-Fiqh ialah Qiyas as- Shabah – iaitu proses qiyas dimana sesuatu furu itu dihubungkan dengan salah satu dari dua asal disebabkan ciri-ciri yang terdapat pada furu itu lebih menyerupai salah satu dari dua asal tersebut. Namun begitu, melihat kepada praktis semasa dalam proses pengeluaran hukum dalam kewangan Islam, hubungan antara Usul al- Fiqh termasuklah Qiyas al- Shabah dan Fiqh sudah tidak lagi berjalan sebagaimana sepatutnya. Justeru artikel ini cuba untuk melihat pandangan ulama tentang Qiyas as- Shabah dan aplikasi semasa qiyas jenis ini dalam produk, perkhidmatan dan instrumen- instumen yang terdapat dalam system kewangan islam semasa.

Kata kunci: Qiyas al-Shabah, illah, ijtihad, zakat.

URL :

JMIFR Vol 13 No.1 2016 - Part 7

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 6401  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2013 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM