Print

Kegunaan Maklumat Pelaporan Prestasi Bagi Institusi Zakat Menurut Persepsi Pemegang Kepentingan

 

Noor Fadzilah Shafie
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Ruhanita Maelah
Norlida Basnan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Reformasi dalam sector awam melalui pengurusan awam baru (new public management) telah memberi penekanan kepada pengurusan berdasarkan keberhasilan yang mana prestasi dan pelaporan prestasi merupakan elemen utamanya. Sebagai salah satu sebuah organisasi sektor awam bukan berasaskan keuntungan, pelaporan pestasi institusi zakat dilihat sangat penting dalam melaksanakan akauntabiliti dan menjalankan peranannya sebagai pengurus dana zakat kepada pemegang kepentingan. Kajian ini memberi fokus kepada kegunaan pelaporan prestasi kepada pemegang kepentingan industri zakat. Kajian tinjauan digunakan di mana persepsi responden diperoleh melalui soal selidik. Responden terdiri daripada penerima, pembayar dan pentadbir zakat. Hasil kajian mendapati pentadbir zakat lebih menggunakan pelaporan prestasi untuk menjelaskan akauntabiliti organisasi dan pembuatan keputusan, berbanding pembayar dan penerima zakat yang menggunakannya sebagai medium unutk menjelaskan akauntabiliti. Sumbangan kajian secara teoretikal adalah melalui pengembangan ilmu daripada segi kegunaan pelaporan prestasi mengikut keperluan pemegang kepentingan dalam konteks organisasi awam bukan berasaskan keuntungan iaitu industri zakat. Secara praktikal, kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak pengurusan institusi zakat, agensi awam lain dan penggubal dasar bagi meningkatkan keteluasan dan memperkasakan akauntabiliti melalui pelaporan prestasi. Limitasi kajian adalah termasuk sampel kajian yang terhad serta tumpuan kepada kegunaan item maklumat tanpa mengambil kira kualiti maklumat tersebut.

Kata Kunci: institusi zakat, pelaporan prestasi, pemegang kepentingan, akauntabiliti

ABSTRACT

Reforms in the public sector through the New Public Management (NPM) have placed emphasis on results-based management where performance and performance reporting are its main elements. As a public sector and a non-profit organization, performance reporting of zakat institutions is seen as essential in communicating its accountability and role as zakat fund managers to all stakeholders. This study focuses on the use of performance reports to stakeholders of zakat institutions. A survey method was employed where perceptions of respondents were obtained through questionnaires. The respondents comprised of beneficiaries, payers and administrators of zakat. Results indicate that zakat administrators used performance reporting to discharge organizational accountability and decision making, compared to zakat payers and beneficiaries who used it as a medium to discharge accountability. Theoretically, this study expands the knowledge from the aspect usefulness of performance reporting in accordance with stakeholder needs, in the context of public sector and non-profit organization. Practically, this study can be used as a guide by the management of zakat institution, other government agencies and policy makers to improve transparency and strengthen accountability through performance reporting. Limitations of the study include the limited sample and its focus on the use of information items without taking into account the information quality.

Keywords: Zakat institutions, performance reporting, stakeholders, accountability

URL: JMIFR Vol 13 No.2 Dec. 2016 - Part 6