Print

Analisis Kaedah Bayaran Zakat Harta oleh Institusi Zakat di Malaysia

Mohd Faisol Ibrahim
Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah bayaran zakat harta yang ditawarkan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Kajian ini membuat penilaian terhadap kaedah pembayaran zakat yang dilaksanakan oleh semua institusi zakat negeri. Kajian mendapati bahawa terdapat ketidakseragaman kaedah-kaedah bayaran zakat yang ditawarkan oleh institusi zakat termasuk institusi zakat yang dikorporatkan dan institusi zakat yang tidak dikorporatkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengkaji punca ketidakselarasan kaedah-kaedah bayaran zakat oleh semua institusi negeri dan menganalisis hubungan yang wujud antara kaedah-kaedah bayaran zakat oleh semua institusi negeri dan menganalisis hubungan yang wujud antara kaedah-kaedah bayaran zakat yang ditawarkan oleh institusi-institusi zakat negeri dengan jumlah kutipan zakat yang diperolehi oleh sesebuah institusi zakat negeri. Kajian yang dilakukan ini menggunakan metode kualitatif yang berasaskan kajian perpustakaan sahaja. Oleh itu, keseragaman kaedah- kaedah yang disediakan untuk pembayar zakat oleh institusi zakat negeri perlu dilaksanakan supaya mampu memberi kesan positif kepada peningkatan jumlah kutipan zakat di masa hadapan.

Kata Kunci: zakat, kaedah bayaran zakat, bayaran zakat; institusi zakat

ABSTRACT

This study analyzes the method of zakat property payment offered by zakat institutions in Malaysia. The study implies that there are non-uniformity in zakat payment methods offered by zakat institutions including incorporated zakat institutions and non incorporated zakat institutions. Accordingly, this study examines the causes of inconsistency in zakat payment methods by all states’ zakat institutions and analyzes the relationships between zakat payment methods offered by state’s zakat institutions with the total zakat amount collected by the zakat institutions in each state. This study was conducted using qualitative methods based on library research. Thus, uniformity of zakat payment methods provided for zakat payers through state’s zakat institutions need to be executed so that it can have a positive impact on increasing the number of zakat collection in future.

Keywords: Zakat, zakat payment method, zakat payment, zakat institutions

URL: JMIFR Vol 13 No.2 Dec. 2016 - Part 7

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: 606-798 6317 / 6305 / 6306  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2018 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM