Print

Marketing Mix: Tinjauan Semula Menurut Epistemologi Islam

Hanim Misbah
Lakirina Faidiwati Latif
Universiti Sains Islam Malaysia
 

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan unsur-unsur campuran pemasaran mengikut epistemologi Islam. Penerangan tentang pengenalan pemasaran dan kepentingannya kepada perniagaan adalah antara aspek yang dibincangkan diikuti dengan campuran pemasaran Islam 1K dan 4P iaitu khalayak (people), produk, perletakan harga, pemilihan tempat dan promosi. Kajian ini menggunakan kaedah analisis data sekunder yang terdiri daripada pelbagai sumber seperti buku manuskrip, al-Quran atau akhbar yang berkaitan campuran pemasaran dan pemasaran produk berasaskan syariah. Hasil dapatan bagi kertas kerja ini mendapati kesemua unsur-unsur yang lain menurut pemasaran konvensional, mahupun Islamik adalah sama penting dan tidak banyak bezanya. Namun, unsur khalayak merupakan unsur yang paling penting berbanding unsur-unsur yang lain menurut epistemologi Islam kerana menurut tasawwur Islam, pemasaran perlulah dilakukan mengikut asas ilmu Islam iaitu setiap manusia perlu menjaga hubungannya dengan Allah, sesama manusia dan alam sekitar dan mengikut apa yang digariskan dalam islam iaitu al Quran dan as-Sunnah. Keperluan memahami serta mendalami elemen berkaitan khalayak ini boleh dipelopori dengan lebih meluas meliput konsep membangunkan insan (human development) yang merupakan cadangan kajian yang boleh dilakukan pada masa hadapan dan menjadi garis panduan pemasaran mengikut tasawwur Islam.

Kata kunci: pemasaran Islam, khalayak, produk, perletakan harga, pemilihan tempat, promosi.

URL :

JMIFR Vol 14 No.1 Jun. 2017 - Part 6

 

 

 

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: 606-798 6317 / 6305 / 6306  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2018 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM