Print

Pengurusan Harta Faraid Secara Bersama oleh Ahli-Ahli Waris Melalui Pembentukan Syarikah : Satu Pandangan dari Segi Fiqah Muamalat

Nasri Naiimi (Universiti Utara Malaysia)

Abstract:

Pengurusan harta faraid yang terbaik dari segi impaknya kepada ekonomi adalah harta yang tidak dipecah-pecahkan pemilikannya dari segi fizikal. Cadangan untuk menggalakkan ahli waris mewujudkan syarikah keluarga atau holding dengan menjadikan harta pusaka sebagai satu aset kepentingan bersama adalah penting. Perbincangan dalam penulisan ini menekankan kepada pandangan dari sudut fiqah muamalat mengenai syarikah keluarga ini. Ia dimulakan dengan perbincangan mengenai syarikah al- amlak dan diikuti dengan syarikah al- uqud yang menjadi teras syarikah kepada syarikah keluarga yang menguruskan harta faraid ini dari segi pandangan Hanafi. Kemudian perbincangan diperincikan lagi mengenai syarikah al-amwal yang bercorak al- ‘inan, yang merupakan salah satu jenis syarikah yang terkandung dalam syarikah al-uluq. Perbincangan mengenai syarikah ini adalah kerana ia sesuai untuk diaplikasikan terhadap pengurusan harta faraid melalui pembentukannya. Perbincangan mengenainya meliputi beberapa perkara penting seperti status keperibadian ahli-ahli, bentuk pelaburan, perbelanjaan dan pembahagian untung dan rugi. 

 

Download PDF :

JMIFR - Vol 9, No.1 2012 - Part 8.pdf

This site is best viewed with a resolution of 1024 x 768 (or higher) and supports Microsoft Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research (JFIMR) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai. Negeri Sembilan. Malaysia. Telephone: +606-798 6401  Fax: +606-798 6302  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   2013 © Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM), USIM