Kaedah Agihan Bahagian Harta Pusaka dalam Kes Al-Haml

Methods of Inheritance in the Case Al-Haml

  • Mohd Muslim Salleh Universiti Malaya
  • Siti Mashitoh Mahamood Universiti Malaya
Keywords: Undang-undang Islam, Fara’id, Harta pusaka, Haml, Teori al- iḥtimālāt

Abstract

Permasalahan pembahagian harta pusaka orang Islam yang semakin meningkat dari sehari ke sehari dan isu harta pusaka yang tidak diselesaikan adalah membimbangkan. Masalah Janin dalam kandungan dikalangan ahli waris merupakan antara isu yang menyumbang kepada peningkatan jumlah harta pusaka yang tidak diselesaikan. Artikel ini mengulas kaedah agihan harta pusaka dalam kes pewarisan janin dalam kandungan atau dikenali sebagai al-aml. Untuk tujuan tersebut, artikel ini mengetengahkan teori al-itimālāt sebagai asas perbincangan. Kajian ini berbentuk kualitatif dan data diperolehi menerusi kaedah perpustakaan dan dianalisis secara deskriptif. Untuk penyelesaian permasalahan pentadbiran harta pusaka, kajian ini berjaya mengemukakan model penyelesaian di mana teori al-Itimālāt dapat menyelesaikan masalah pentadbiran harta pusaka dalam kes al-aml. Kajian merumuskan bahawa al-aml adalah berhak mewarisi harta pusaka daripada ahli warisnya yang telah meninggal dunia berdasarkan kepada hukum faraid yang telah ditetapkan oleh syarak.

Published
2019-06-12
How to Cite
Salleh, M. M., & Mahamood, S. M. (2019). Kaedah Agihan Bahagian Harta Pusaka dalam Kes Al-Haml. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 16(1), 97-115. https://doi.org/10.33102/jmifr.v16i1.211
Section
Regular Issues