Pengurusan Modal Teras Jaminan Keselamatan Perbankan Malaysia Menangani Kitaran Ekonomi

  • Ahmad Azam Sulaiman Universiti Malaya
  • Mohammad Taqiuddin Mohamad Universiti Malaya
  • Mohd Sollehudin Shuib Universiti Utara Malaysia
Keywords: Formulasi modal, Perbankan Malaysia, Kitaran ekonomi

Abstract

Kemampuan membuat formulasi modal secara berkesan amat penting bagi kestabilan perbankan. Ketika melaksanakan tanggungjawab ini, bank terdedah kepada risiko kitaran ekonomi, perubahan dasar dan polisi luaran yang memberi kesan kepada struktur modal bank. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kitaran ekonomi terhadap formulasi modal perbankan Malaysia dalam memastikan kestabilan sistem kewangan. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian ini mengadaptasi kaedah penganggaran data panel tidak berimbang (unbalanced panel data) bagi 35 bank perdagangan di Malaysia meliputi tempoh 1994 hingga 2008. Dalam tempoh tersebut, kelakuan keseluruhan kitaran ekonomi Malaysia diambil kira, iaitu fakta penting yang mengarah kepada matlamat utama kajian iaitu untuk menganalisis sama ada wujud hubungan antara keperluan modal bank merentasi kitaran ekonomi. Hasil kajian mendapati wujud hubungan songsang antara nisbah modal dan kitaran ekonomi di mana bank kurang membina modal semasa ekonomi mengalami pengembangan.

Published
2012-01-01
How to Cite
Sulaiman, A. A., Mohamad, M. T., & Shuib, M. S. (2012). Pengurusan Modal Teras Jaminan Keselamatan Perbankan Malaysia Menangani Kitaran Ekonomi. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 9(1), 195-214. Retrieved from http://jmifr.usim.edu.my/index.php/jmifr/article/view/148
Section
Regular Issues