Pengurusan Pendapatan Tidak Patuh Syariah di Bank Muamalat Malaysia Berhad
Management of Shariah Non-Compliance Income in Bank Muamalat Malaysia Berhad
Total Views: 1543
DOI:
https://doi.org/10.33102/jmifr.v15i2.180Keywords:
Pendapatan tidak patuh Syariah, Kejadian tidak patuh Syariah, Bank Muamalat Malaysia BerhadAbstract
Pendapatan tidak patuh Syariah merupakan istilah baharu dalam kontek sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia. Pendapatan tidak patuh Syariah merujuk kepada apa-apa jenis harta yang diperolehi hasil daripada transaksi yang bertentangan dengan syariat Islam seperti riba, judi dan rasuah, atau kerana percampuran antara aktiviti yang dibenarkan oleh syarak dengan yang sebaliknya. Sesuatu isu Syariah yang dilaporkan akan melalui beberapa proses sebelum ianya disahkan sebagai tidak patuh Syariah sebenar atau sebaliknya oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan Islam (IKI). Sekiranya isu yang dilapor dan disahkan sebagai tidak patuh Syariah yang sebenar oleh Jawatankuasa Syariah serta melibatkan kerugian kewangan, IKI perlu menyalurkan pendapatan tersebut kepada badan-badan kebajikan untuk kegunaan umum. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pelaporan, kejadian, pendapatan serta pengurusan pendapatan tidak patuh Syariah di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Data kajian diperoleh daripada sumber primer seperti wawancara dengan pegawai BMMB. Di samping itu, dokumen polisi Bank Negara Malaysia (BNM) turut digunakan sebagai garis panduan utama yang menjadi penanda aras dalam menentukan sesuatu kejadian tidak patuh Syariah.
Downloads
References
Abdul Rahman, Zaharuddin. (2010). Perlukah memulangkan wang sumbangan kerana ia hasil judi? Retrieved from http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/963-memulangkan-wang-sumbangan-kerana-ia-hasil-judi-.ht.
Al-Bāz, A. (2004). Aḥkam al-Māl al-Ḥarām wa Dhawābitu al-Intifa‘ wa at-Tasharrruf bihi fī al-Fiqh al-Islāmī. Urdun: Dār Nafāis.
Al-Ghazālī. (2005). Iḥya’ ‘ulūm al-Dīn. Beirut: Dār Ibn Ḥazmi.
Al-JauziyyahIbn Qayyim al-Jauziyyah. (1423h). I‘lām al-Muwaqqi‘īn ‘an Rab al-‘Alamīn. Arab Saudi: Dār Ibn Jauzi, cet. 1, Jil. 3.
Al-Nawāwi. (t.t). Kitāb al-Majmū’. Arab Saudi: Maktabah al-Irsyād, Jil. 9.
Al-Qaraḍāwi, Y. (2012). Al-Ḥalāl wa al-Ḥarām fī al-Islām. Cet. 1. Mesir: Dār al-Kutub al-Misriyyah.
Al-Qaraḍāwi, Y. (2007). Fatāwa Mu‘āṣirah. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Al-Qarafi, S., Ahihabuddin bin Ahmad al-Qarafi. (1994). Al-Dhakhīrah. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami, cet. 1.
Al-Utsaimin, M., SMuhammad bin Soleh al-Utsaimin. (1425h). Al-Syarḥ al-Mumti’. Arab Saudi: Dār Ibn Jauzi, jil. 9.
Bank Muamalat Malaysia Berhad. (2011). Laporan Tahunan 2011. Kuala Lumpur: BMMB.
Bank Muamalat Malaysia Berhad. (2012). Laporan Tahunan 2012. Kuala Lumpur: BMMB.
Bank Muamalat Malaysia Berhad. (2013). Laporan Tahunan 2013. Kuala Lumpur: BMMB.
Bank Muamalat Malaysia Berhad. (2014). Laporan Tahunan 2014. Kuala Lumpur: BMMB.
Bank Muamalat Malaysia Berhad. (2015). Laporan Tahunan 2015. Kuala Lumpur: BMMB.
Bank Muamalat Malaysia Berhad. (2016). Laporan Tahunan 2016. Kuala Lumpur: BMMB.
Bank Muamalat Malaysia Berhad. (2017). Laporan Tahunan 2017. Kuala Lumpur: BMMB.
Bank Negara Malaysia. (2011). Sharīʿah Governance Framework for Islamic Finance. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia. (2013). Guidelines on late payment charges for Islamic financial institutions. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia. (2014). Operational risk reporting requirement - Operational risk integrated online network. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia. (2016). Financial reporting for Islamic banking institutions. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
Dusuki, A. W., Mahbubi, M. A. & Hussain, L. (2012). A framework for Islamic financial institutions to deal with shariah non-compliant transactions. Kuala Lumpur: ISRA
Jabatan Wakaf Zakat dan Haji. (2009). Manual pengurusan harta syubhah. Putrajaya: JAWHAR.
Mahmud, Abdullah bin Mahmud. (t.t). Al-Ikhtiyār li ta‘līl al-Mukhtār. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jil. 3.
Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia. (2010). Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia.
Yasīn, N. (2016). Qaḍāya Zakawiyyah Muhāḍarah. Urdun: Dār Nafāis.
Published
How to Cite
Issue
Section
Copyright (c) 2018 Muhamad Fadli Abdullah, Azizi Che Seman
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.