Implikasi Sosial dan Ekonomi Pembiayaan Perumahan Secara Bai Bi-Thaman Ajil: Kajian Kes di Wilayah Pahang Tenggara
Total Views: 65
Keywords:
Ekonomi, Pembiayaan, Islamic finance, Islamic banking, Finance-Islamic countriesAbstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai peranan yang dimainkan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan di Wilayah Pahang Tenggara terhadap pembangunan sosioekonomni masyarakat khususnya masyarakat luar bandar melalui perlaksanaan pembiayaan perumahan secara bai b-thamam ajil(BBA). Kajian ini menunjukkan bagaimana kemudahan pembiayaan BBA yang disediakan oleh syarikat terbabit dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar yang secara amnya merupakan golongan berpendapatan rendah dan tidak tetap. Para petani dan golongan berpendapatan rendah di Wilayah Pahang Tenggara yang sebelum itu tidak mempunyai peluang dan kelayakan untuk nendapat sebarang kemudahan kewangan membeli rumah kini mendapati hasrat mereka tercapai dengan adanya kemudahan pembiayaan BBA yang disediakan oleh syarikat tersebut. Perlaksanaan kemudahan pembiayaan ini secara tidak langsung membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi peluang kepada mereka memiliki rumah kediaman sendiri. Faktor-faktor yang mendorong kepada amalan syarikat tersebut juga digariskan. Kajian ini menunjukkan bagamana sektor korporat bukan bank boleh memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah yang mendasari masyarakat.