Penjanaan Ekonomi Umat Islam Melalui Kaedah Istibdal dalam Pembangunan Harta Wakaf
Total Views: 101
Keywords:
Ekonomi, Harta Wakaf, IstibdalAbstract
Kontrak wakaf merupakan ejen pembangunan ekonomi umat Islam. Ia merupakan salah satu daripada kontrak tabbaru'at dalam sistem muamalat Islam. Tujuannya ialah memberikan ruang kepada umat Islam untuk menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT. Wakaf juga mampu membantu golongan tertentu bagi meningkatkan taraf hidup mereka di samping menjana aset umat Islam. Namun begitu, terdapat beberapa situasi di mana harta wakaf berkenaan tidak dapat dibangunkan kerana permasalahan kedudukan yang kurang strategik, penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya. Sehubungan itu, amalan konsep istibdal adalah jalan keluar untuk membangunkan semula harta wakaf berkenaan. Antara agenda pembangunan yang boleh diketengahkan melalui wakaf am dan khas ialah mendirikan institusi masjid secara sistematik, institusi pendidikan, tanggungjawab sosia1 (rumah anak yatim), penternakan, pertanian, pusat khidmat komuniti dan pusat perniagaan.