Pengurusan Harta Faraid Secara Bersama oleh Ahli-Ahli Waris Melalui Pembentukan Syarikah: Satu Pandangan dari Segi Fiqah Muamalat.
Total Views: 199
Keywords:
Fiqah muamalat, Pengurusan Islam, Ekonomi Islam, Harta pusaka Islam, Musyarakah, PewarisanAbstract
Pengurusan harta faraid yang terbaik dari segi impaknya kepada ekonomi adalah harta yang tidak dipecah-pecahkan pemilikannya dari segi fizikal. Cadangan untuk menggalakan ahli waris mewujudkan syarikah keluarga atau holding dengan menjadikan harta pusaka sebagai satu aset kepentingan bersama adalah penting. Perbincangan dalam penulisan ini menekankan kepada pandangan dari sudut fiqah muamalat mengenai syarikah keluarga ini. Is dimulakan dengan perbincangan mengenai syarikah al-amlak dan diikuti dengan syarikah al-uqud yang menjadi teras syarikah kepada syarikah keluarga yang menguruskan harta faraid dari segi pandangan Hanafi.Kemudian perbincangan diperincikan lagi mengenai syarikah al-amwal yang bercorak al- ‘inan, yang merupakan salah satu jenis syarikah yang terkandung dalam syarikah al-uqud. Perbincangan mengenai syarikah ini adalah penting kerana ia sesuai untuk diaplikasikan terhadap pengurusan harta faraid melalui pembentukannya. Perbincangan meliputi beberapa perkara penting seperti status keperibadian ahli-ahli, bentuk pelaburan, perbelanjaannya dan pembahagian untung dan rugi.