Perlindungan Pemagang Saham Minoriti di Malaysia dalam Konteks Pengambilalihan Korporat


Total Views: 129

Authors

  • Suraiya Ishak Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Raflis Che Omar Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Pengambilalihan, Pemegang saham minoriti, Perlindungan pelabur, Kaveat-­emptor, Etika

Abstract

Pengambilalihan (acquisition) korporat boleh memberi implikasi negatif kepada pemegang saham minoriti. Makalah ini telah meneliti isu perlindungan bagi pemegang saham minoriti dalam konteks pengambilalihan (acquisition) syarikat senaraian awam (public listed companies) di Malaysia. Penelitian dilaksanakan dengan melihat liputan peruntukan yang disediakan menerusi perundangan dan keperluan-keperluan tatacara bagi pemantauan pelaksanaan pengambilalihan korporat di Malaysia. Di samping itu, gerakan shareholder activism oleh Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG) bagi memelihara kepentingan pelaburan pemegang saham minoriti di Malaysia turut diteliti. Hasil penelitian merumuskan perlindungan pemegang saham minoriti di Malaysia wujud dalam bentuk kaveat emptor yang bergantung kepada peruntukan peraturan. Peruntukan undang-undang telah digunakan bagi menyediakan prasarana asas dalam menjaga kepentingan pelabur minoriti. Namun masih wujud peruntukan yang longgar dan dimanipulasi oleh pemegang saham majoriti dalam melaksanakan pengambilalihan aset dan liabiliti serta memudaratkan kepentingan pemegang saham minoriti.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2012-01-01

How to Cite

Ishak, S., & Che Omar, A. R. (2012). Perlindungan Pemagang Saham Minoriti di Malaysia dalam Konteks Pengambilalihan Korporat. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 9(1), 215-232. Retrieved from https://jmifr.usim.edu.my/index.php/jmifr/article/view/149

Issue

Section

Regular Issues