Kepatuhan Membayar Zakat: Analisa Bocoran dalam Kutipan Zakat Fitrah


Total Views: 53

Authors

  • Fidlizan Muhammad Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Yahya Mohd Hussin Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Salwa Amirah Awang Politeknik Sultan Azlan Shah
  • Abdul Majid Tahir Mohamed Universiti Sultan Zainal Abidin

Keywords:

Zakat fitrah, Bocoran, Kutipan zakat

Abstract

Zakat merupakan rukun Islam keempat yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak. Antara jenis zakat yang berkait rapat dengan setiap individu muslim adalah zakat fitrah atau zakat badan. Ia merupakan zakat yang dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan puasa di bulan Ramadhan. Berikutan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis bilangan pembayar zakat yang memenuhi tuntutan ini berdasarkan saluran pembayaran formal. Dengan menggunakan data jumlah kutipan zakat fitrah, kadar zakat fitrah dan bilangan penduduk beragama Islam di Malaysia, dapatan kajian menunjukkan jumlah kutipan adalah meningkat dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama bilangan pembayar yang tidak menggunakan saluran formal ini juga menunjukkan jumlah yang tinggi. Hasil ini jelas menunjukkan bahawa, kerangka institusi zakat perlu kepada penambahbaikan berterusan melibatkan sistem pengurusan, kutipan dan agihan, bahkan memerlukan lebih kuasa dari sudut undang-undang bagi mempertingkatkan penguatkuasaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2012-01-01

How to Cite

Muhammad, F., Mohd Hussin, M. Y., Awang, S. A., & Mohamed, A. M. T. (2012). Kepatuhan Membayar Zakat: Analisa Bocoran dalam Kutipan Zakat Fitrah. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 9(1), 233-249. Retrieved from https://jmifr.usim.edu.my/index.php/jmifr/article/view/150

Issue

Section

Regular Issues